Jangan Terlalu Teruja Dengan Kenaikan Minyak Mentah Sesi Ini!

40

Harga minyak mentah kekal pada Khamis setelah disokong oleh isu sekatan minyak di Libya disamping penurunan stok minyak petrol di Amerika Syarikat, walaupun isu lebihan minyak mentah masih memberi tekanan kepada pasaran.

Harga brent mentah, yang merupakan penanda aras antarabangsa bagi minyak, diniaga pada $52.42 setong.

Dalam sesi Asia, WTI mentah meningkat sebanyak 5 sen kepada $49.57 setong.

ANZ Bank berkata pada Khamis bahawa harga telah disokong oleh pengeluaran minyak mentah di Libya yang jatuh kepada kira-kira 500,000 tong sehari disebabkan penutupan saluran daripada tempat simpanan minyak terbesar.

Namun begitu, pasaran masih dibebani dengan jumlah peningkatan bekalan minyak mentah di AS. Justeru, pasaran tidak perlu terlalu “teruja” dengan sekatan bekalan minyak mentah global.

Stok minyak mentah Amerika Syarikat dilaporkan meningkat sebanyak 876,000 tong pada minggu berakhir 24 Mac, berbanding dengan jangkaan peningkatan sebanyak 1.4 juta tong. Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), jumlah inventori berada pada rekod hampir 534 juta tong.

Tambahan lagi, stok petrol pula menunjukkan peningkatan sebanyak 3.7 juta berbanding jangkaan penurunan sebanyak 1.9 juta tong.

OPEC telah mengambil inisiatif dalam mengetuai usaha bagi mengurangkan bekalan minyak mentah bagi separuh pertama tahun ini. Sejak tahun lepas, OPEC telah bersetuju untuk mengurangkan hampir 1.8 juta tong minyak mentah dengan pengeluar-pengeluar utama lain, termasuk Russia.

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Reuters, kadar pematuhan perjanjian tersebut berada pada tahap 95 peratus, meningkat daripada 94 peratus pada bulan Februari.

Namun begitu, kadar pematuhan oleh non-OPEC masih berada pada tahap yang rendah dan dipersoalkan oleh anggota yang menyertai perjanjian tersebut. Russia sebagai contoh, hanya memotong sejumlah 300,000 tong sehari, memetik laporan penyelidikan yang telah dikeluarkan oleh Eurasia Group.

Pengukuhan Semula Matawang Greenback Pastinya Memberi Kelegaan Kepada Trader Matawang Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat