Dolar New Zealand (Kiwi) sebelum ini jatuh daripada 0.7330 berbanding US dolar sejak tinjauan pilihanraya yang diadakan pada Ogos. NZD/USD juga jatuh ke paras terendah Jun baru-baru ini iaitu di sekitar 0.7200. Setakat awal sesi dagangan Asia pada Khamis (7 September), ia sekali lagi jatuh ke paras 0.7200 selepas membuat kenaikan pada Selasa.
Matawang Kiwi mengalami kejatuhan sejak akhir bulan Julai berikutan sikap berhati-hati pelabur menjelang pilihanraya umum yang akan diadakan pada 23 September.
Antara sebab Kiwi mengalami kejatuhan sejak daripada akhir Julai adalah disebabkan persaingan sengit terhadap parti yang memerintah kerajaan National Party. Labour Party yang sebelum ini ketinggalan dalam tinjauan pilihanraya yang dibuat, kini semakin mendapat sokongan berdasarkan hasil tinjauan yang dikeluarkan.
Dalam tinjauan yang dikeluarkan pada Khamis, Labour Party mendahului dengan sokongan 43%, parti kerajaan National Party 39%, First Party dengan 9% dan Greens 5%.
Kiwi khususnya pasangan matawang NZDUSD mengalami tekanan selepas tinjauan ini dikeluarkan pada Khamis di mana Labour Party mengekalkan kedudukan teratas berbanding Natinal Party. NZDUSD jatuh 36 pip yang jelas dilihat dalam time-frame 1 jam.
Apa yang berlaku kepada Kiwi ketika ini adalah sama dengan yang berlaku kepada Sterling semasa pilihanraya umum UK dan pilihanraya Perancis, di mana tinjauan-tinjauan pilihanraya yang dibuat mempengaruhi pergerakan pasaran matawang.
Ini adalah satu lagi episod ketidaktentuan dalam politik apabila parti kerajaan dilihat tidak mendapat sokongan majoriti yang memberi risiko ketidaktentuan kepada polisi-polisi negara di masa hadapan.
“Ketidaktentuan ini dengan aktiviti yang lemah dan data inflasi adalah sebab kepada kelemahan NZD, khususnya berbanding AUD dengan kenaikan mendadak harga komoditi,” kata Tony Morriss dari Bank of America Merril Lynch.