Pasaran saham Eropah dibuka lebih tinggi pada Rabu menjelang pengumuman data-data PMI sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan hari ini walaupun pelabur masih dilihat sedikit berhati-hati menjelang simposium Jackson Hole.
Dagangan pagi di Eropah menunjukkan Euro Stoxx 50 naik 0.30% namun kini jatuh kepada 0.08% setakat pukul 4 petang selepas sejam pembukaan pasaran Eropah.
Di Perancis, CAC40 menambah kenaikan 0.33% dalam pembukaan awal dan kini jatuh kepada 0.16%. Dax 30 di Jerman pula naik 0.28% dan kini jatuk kepada 0.04%.
Para pemain pasaran khususnya dalam pasaran ekuiti Eropah sudah tentu akan memberi perhatian kepada ucapan atau sebarang komen oleh Presiden ECB Mario Draghi di Jackson Hole yang turut dihadiri oleh Janet Yellen pengerusi The Fed.
Kaunter-kaunter kewangan keseluruhannya didagang lebih tinggi pada awal dagangan dengan BNP Paribas dan Societe Generale (Perancis) masing-masing menambah 0.05% dan 0.37%, namun kini jatuh 0.08% dan 0.06% setakat pukul 4.08 petang.
Di Jerman, Commerzbank dan Deutsche Bank naik pada mulanya 0.26% dan 0.37% dan kini menambah keuntungan sehingga 0.70% dan 1.71% setakat pukul 4.09 petang.
Pada masa yang sama, kaunter-kaunter tenaga didagang bercampur-campur pada sesi pagi di Eropah. Total SA (Perancis) ketika ini naik 0.06%, manakala Repsol (Spanyol) susut 0.08%, dan Statoil (Norway) susut 0.20%.