Pelaburan perniagaan Australia dilaporkan menjunam buat suku keempat berturut-turut apabila sektor perlombongan semakin merosot. Namun begitu, sektor lain dikatakan menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan.
Biro Perangkaan Australia melaporkan nilai pelaburan menyusut sebanyak 2.1 peratus pada suku keempat kepada A$ 17.6 Billion ($21.18 Billion) berbanding jangkaan penganalisis yang meramalkan penurunan sebanyak 1 peratus pada Khamis.
Penurunan ini dikatakan berpunca daripada sektor perlombongan di mana perbelanjaan jatuh lebih 9 peratus, walaupun pelaburan baru meningkat sebanyak 3.1 peratus.
Data akan datang iaitu perbelanjaan peralatan, loji, dan jentera dijangka akan dikeluarkan positif
Australia dijangka akan mengumumkan data pertumbuhan dengan jangkaan pengembangan sebanyak 0.6 peratus kepada 0.7 peratus pada suku yang lepas.
Walaupun ekonomi Australia bertahan dari krisis kemelesetan dalam tempoh 25 tahun, data non-mining masih belum menunjukkan sebarang pemulihan.
Minggu ini, Presiden RBA, Philip Lowe dijangka akan menyampaikan ucapan bagi sebarang isyarat terkini terhadap ekonomi Australia.
Logam Kuning Langsung Tidak Menghiraukan Suara Positif dari Mesyuarat FOMC!