Bekas Pengarah FBI James Comey pada Khamis menuduh pentadbiran Trump memfitnah beliau dan menipu tentang apa yang dikatakan terhadap agensi FBI, tetapi enggan memberitahu pendapatnya sama ada Presiden Trump mahu menghalang keadilan dengan meminta beliau menghentikan siasatan terhadap bekas penasihat keselamatan Michael Flynn.
Comey dalam keterangannya kepada Kongres memberitahu bahawa beliau ‘keliru’ dengan penjelasan oleh pentadbiran Trump dalam pemecatan beliau 9 Mei yang lalu.
“Walaupun undang-undang tidak memerlukan sebab untuk memecat pengarah FBI, kerajaan pula memfitnah saya dan FBI dengan mengatakan agensi ini dalam keadaan kekusutan di mana pegawai-pegawai FBI hilang keyakinan kepada saya,” kata Comey.
“Semua itu adalah penipuan, dan saya memohon maaf kepada pegawai FBI kerana mereka terpaksa mendengar perkara ini dan rakyat US diberitahu seperti ini,” kata Comey.
Trump menimbulkan risiko politik di US sejak beliau memecat Comey, 9 Mei lalu yang sedang menyiasat tentang campur tangan Rusia dalam pilihanraya US tahun lalu.
Dalam testimoni bertulis yang dikeluarkan semalam, Comey mengatakan Trump meminta beliau menggugurkan siasatan FBI terhadap bekas penasihat keselamatan Michael Flynn. Comey berkata Trump berkata kepada beliau di White House pada Februari, “Saya harap awak jelas untuk membiarkan saja perkara ini, untuk membiarkan Flynn pergi begitu saja.”
Sesetengah pakar undang-undang melihat keterangan Comey akan mengukuhkan usaha pemecatan Trump di Kongres kerana tindakan Presiden menghalang keadilan.
“Saya rasa bukan saya untuk mengatakan sama ada perbualan bersama Presiden adalah usaha untuk menghalang undang-undang. Saya merasakan perkara ini adalah gangguan, begitu memberi perhatian. “Tetapi ia adalah kesimpulan yang saya pasti ‘special counsel‘ akan mengkaji perkara ini untuk memahami apa sebenarnya niat pada masa itu atau sama ada ia adalah satu kesalahan.
Keterangan ini sudah tentu mempunyai kesan yang signifikan kepada Trump sebagai Presiden di mana ‘special counsel‘ Robert Mueller dan pegawai yang lain sedang menyiasat dakwaan terhadap usaha Rusia untuk mempengaruhi pilihanraya presiden 2016 dan sama ada kempen Trump terlibat sama.