Pergerakan indeks US dolar di lihat mendatar sepanjang pembukaan pasaran Asia hari ini walaupun pada Jumaat lepas Greenback telah jatuh sebanyak 0.32% dan ditutup pada paras terendah sejak Jun 2016 mencecah 93.78.
Indeks US dolar di buka pada 93.65 dan telah bergerak pada aras 93.83 setakat jam 2.30 petang dengan
The Fed akan memberi ulasan lanjut berkenaan kadar faedah pada pagi Khamis minggu ini.
Dijangka tiada perubahan yang akan berlaku memandangkan sudah terdapat kenaikan pada bulan Jun lepas dan tiada data-data yang penting yang dapat memberi sokongan terhadap kenaikan tersebut.
Tambahan pula, kegagalan kali kedua Republikan untuk membuat pembaharuan terhadap Obamacare, penyiasatan terhadap dakwaan hubungan Rusia dengan kempen dan perniagaan Presiden Donald Trump, dan ketidaktentuan pada kadar inflasi telah melemahkan keyakinan ke atas kredibiliti Trump.
Persoalannya sekarang, pasaran seakan tertanya-tanya sama ada Trump mampu menunaikan janji-janjinya dalam perubahan polisi khususnya polisi percukaian Amerika Syarikat.
Jadi sebarang ulasan terutamanya berkenaan permulaan proses pengurangan penyata imbangan akan menjadi tumpuan utama dengan tiada jangkaan kepada perubahan dari segi ramalan ekonomi.
Pasangan matawang USDJPY di buka pada 110.94 dan naik sekitar 0.01% kepada 111.13 setakat jam 2.30 petang. Pasangan matawang ini di lihat sedikit lemah selepas Kabinet melaporkan penurunan terhadap Indeks Utama Jepun daripada 104.7 kepada 104.6.
AUDUSD di buka sedikit rendah pada 0.7907, dan bergerak mendatar pada paras 0.7925 dengan kenaikan sebanyak 0.10% setakat jam 2.30 petang.