Pergerakan pasaran tukaran matawang (Forex) setakat pagi ini masih lagi kecil di awal permulaan minggu. Secara keseluruhan US dolar dilihat lemah berbanding matawang utama yang lain termasuk Euro, Yen, dan Aussie.
Minggu lalu, pasaran berhadapan dengan event-event politik global yang berisiko iaitu pilihanraya umum UK yang menyaksikan parti Theresa May kehilangan majoriti dan juga keterangan bekas pengarah FBI James Comey di Kongres US.
Usd/Jpy pagi ini dilihat sedikit mengukuh, naik 0.08% walaupun data tempahan peralatan pesin lemah daripada jangkaan. Jepun merekod kemerosotan 3.1% dalam tempahan mesin pada bulan April jauh daripada jangkaan kenaikan 0.5%. Harga pengeluar di Jepun pula naik 2.1% dari tahun ke tahun pada Mei.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain merosot 0.07% kepada 97.17.
Ketika ini hasil-bon kerajaan US dilihat semakin meningkat dengan harga bon 10-tahun kini merosot di mana hasilnya meningkat 0.79%. Begitu juga dengan hasil bon 5-tahun US yang naik 1.13%.
Hasil bon dilihat meningkat sejak Selasa minggu lalu dan berterusan hingga Jumaat di mana risiko politik yang dibawa oleh Comey dilihat kurang memberi kesan kepada Trump. Walaubagaimanapun, kita melihat kejatuhan Wallstreet pada Jumaat, yang disebabkan kaunter-kaunter teknologi yang diketuai oleh Apple.
Pasaran komoditi terutamanya minyak mentah bergerak perlahan pasa sesi Asia hari ini di mana emas telah mencatat kejatuhan sebanyan 0.15% dan Perak pula jatuh 0.63%.