US dolar kekal kukuh pada Jumaat selepas laporan Federal Reserve US pada Khamis yang meyakinkan para pelabur bahawa bank pusat ini akan terus mengikut perancangan menaikkan kadar faedah.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menambah 0.1% lagi hari ini kepada 97.49 dan telah pun mengaut 0.6% keutungan minggu ini.
US dolar naik 0.2% kepada 111.18 berbanding Yen selepas mencapai paras tertinggi hari ini di 111.28 yang juga tertinggi sejak 2 Jun apabila Bank of Japan mengekalkan polisi monetari seperti yang dijangka.
Walaubagaimanapun, bank pusat Jepun itu menaikkan penilaian terhadap penggunaan swasta dan pertumbuhan di luar negara yang menunjukkan keyakinan negara yang dipacu oleh sektor eksport ini.
“Dengan BoJ hari ini, tiada perkara yang mengejutkan,” kata Mitul Kotecha, ketua strategi pelaburan di Barclays Singapura.
“Sememangnya, US dolar lebih positif hari ini” lebih baik daripada Rabu, selepas laporan data dan pengumuman polisi monetari The Fed.
“US dolar ketika ini seperti telah memulih dari kejutan laporan harga pengguna CPI pada Rabu”, kata Masafumi Yamamoto, ketua strategi pelaburan matawang di Mizuho Securities Tokyo.
Matawang Gbp naik 0.1% kepada 1.2768 setakat ini selepas Bank of England berpotensi menaikkan kadar faedah pada Khamis. Undian yang tidak disangka menunjukkan undian penetapan polisi berkesudahan 5-3 walaupun ekonomi UK berhadapan risiko Brexit.