Presiden Fed San Francisco, John Williams dalam satu kenyataan terbaru semalam mengatakan bahawa bank pusat perlu menaikkan kadar faedah sebanyak tiga atau empat kali tahun ini. Selain itu, Fed perlu memikirkan cara untuk mengurangkan balance sheet yang kini mencecah sehingga multimillion-Dollar sehingga tahun 2017.
Dalam temubual tersebut, William memberi pandangan agar Fed menaikkan lagi kadar faedah dan mengembalikan balance sheet ke paras normal menjelang akhir tahun ini. Beliau juga berpendapat bahawa tiga hingga empat kenaikan dianggap wajar pada tahun ini memandangkan sektor pekerjaan telah berada pada paras guna tenaga penuh. Perkara ini dapat dibuktikan apabila kadar pengangguran telah mencecah 4.5 peratus.
Dalam satu temu bual berasingan dengan akhbar Jerman Handelsblatt, beliau mengatakan bahawa Donald Trump mungkin akan menunaikan janji beliau sewaktu kempen yang lalu dengan mengenakan tarif ke atas China dan negara-negara yang yang mempunyai lebihan perdagangan dengan Amerika Syarikat.
Jika perkara ini terjadi, ia akan memberikan kesan yang lebih buruk buat pertumbuhan disamping memberi kesan negatif kepada sektor pekerjaan dan inflasi. beliau juga menaruh harapan agar Trump tidak meletakkan sebarang tarif kerana ia berpotensi mendatangkan risiko kepada ekonomi.
Presiden Fed ini menyokong tindakan Fed menaikkan kadar pada bulan lepas, untuk kali yang kedua dalam tempoh tiga bulan. Beberapa prospek ekonomi juga berpotensi untuk memaksa Fed agar menaikkan kadar faedah lebih cepat dari jangkaan. Majoriti pegawai Fed juga menjangkakan tiga kali kenaikan kadar adalah bersesuaian dengan pergerakan ekonomi semasa.
Jepun Tidak Akan Melaksanakan Sebarang Dasar untuk Mempengaruhi Matawang