Theresa May dalam ucapan Brexit baru-baru ini berpendirian mahu Britain meninggalkan pasaran tunggal dan akan berusaha untuk memeterai perjanjian perdagangan bebas bersama EU, dan menegaskan ia tidak bermakna Britain adalah ahli dalam pasaran tunggal.
Ia dilihat sukar terjadi dengan bantahan dari ahli Kesatuan sebelum ini. May dalam ucapannya minggu lalu berpendirian, perjanjian yang tidak dimeterai adalah lebih baik daripada perjanjian yang hanya merugikan UK.
Agensi berita Reuters melaporkan pada Khamis bahawa, permintaan Britain bagi memeterai perjanjian perdagangan bebas dengan Kesatuan Eropah (EU) adalah sukar dicapai. Kata ahli tertinggi dalam European Central bank, ECB Francois Villeroy de Galhau pada Khamis.
“Adalah penting untuk kita fikirkan dan ingat: pasaran tunggal tidak boleh dibahagi-bahagikan; akses kepada pasaran tunggal tidak boleh dipisahkan daripada menghormati peraturan yang ada.” Kata Villeroy
Perdana Menteri Theresa May sebelum ini mencadangkan perjanjian perdagangan bebas bersama pasaran tunggal. Dengan kenyataan dari Villeroy ini, perjanjian ini adalah sukar dicapai.
Britain dijangka akan memulakan proses formal meninggalkan Kesatuan Eropah pada Mac dan akan mengambil masa selama dua tahun.