OPEC pada Isnin menaikkan ramalannya terhadap permintaan minyak mentah untuk tahun 2018 dan mengatakan perjanjian pengurangan bekalan oleh pengeluar telah mengurangkan simpanan minyak yang berpotensi mengurangkan lagi bekalan minyak mentah tahun hadapan.
Organization Petroleum Exporting Countries (OPEC) juga berkata laporan bulanan menunjukkan permintaan akan melebihi unjuran kerana pengukuhan ekonomi global.
OPEC berkata dunia mungkin memerlukan 33.42 juta tong minyak mentah sehari tahun depan, bertambah 360,000 berbanding unjuran sebelum ini. Ini juga adalah kenaikan unjuran permintaan global keempat unjuran berturut-turut sejak Julai.
“Pertumbuhan ekonomi global lebih menyeluruh dan momentumnya juga lebih kuat,” kata OPEC. “Momentum ini juga boleh bertambah dari masa ke semasa.”
Minyak WTI (West Texas Intermediate) setakat ini naik 0.16% kepada $56.83 setong. Manakala minyak Brent susut 0.19% kepada $63.40 setong setakat pukul 10.46 malam pada Isnin.
Pematuhan kepada perjanjian potongan bekalan minyak mentah pula meningkat kepada 100% daripada 98% pada September.
OPEC dan non-OPEC juga dijangka akan memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November dalam usaha untuk menolak harga ke paras yang lebih stabil.