Pertumbuhan ekonomi Kanada pada Februari tidak berubah (0.0%) lebih rendah dari jangkaan pasaran dengan kenaikan 0.1% dan juga bacaan sebelum ini naik 0.6%.
Terdapat kejatuhan 0.3% dalam industri pengeluaran barangan selepas kenaikan 1.1% sebelum ini dengan bacaan tahunan di paras 2.8%.
Pengeluaran sektor pembuatan merosot 0.6% berbanding kejatuhan mendadak pada Januari, manakala terdapat kenaikan dalam pengeluaran pembinaan pada tempoh sama.
Pengeluaran sektor perkhidmatan naik 0.2% pada tempoh sama dengan pertumbuhan tahunan 2.4%.
Bank of Canada dalam laporan polisi monetari terkini bank pusat menyatakan bahawa mereka menjangkakan pertumbuhan perlahan. Oleh itu, data yang dikeluarkan hari ini akan mengekalkan jangkaan tersebut.
Trend pergerakan harga minyak mentah dunia telah banyak memberi kesan volatility (turun-naik) dalam data ekonomi Kanada khususnya dengan kebimbangan hubungan perdagangan dengan US.
Minggu lalu, US mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan cukai kepada import balak dari Kanada dan ketegangan berlarutan apabila Presiden Trump memberi amaran keluar dari perjanjian NAFTA.