Ekonomi UK berkembang sedikit pantas pada suku ketiga dengan inflasi yang meningkat dan pertumbuhan gaji perlahan memperlahankan perbelanjaan pengguna.
Pertumbuhan ekonomi (GDP) berkembang 0.4% pada suku ketiga lebih pantas berbanding suku kedua yang mencatat bacaan 0.3%. Dari segi tahunan, pertumbuhan ekonomi meningkat 1.7% pada suku ketiga naik daripada bacaan sebelum ini 1.5%.
Komponen-komponen data menunjukkan penyumbang utama kepada pertumbuhan adalah perbelanjaan isirumah.
Perbelanjaan isirumah meningkat 0.50% pada suku ketiga di mana pengguna mengurangkan simpanan wang mereka disebabkan inflasi yang tinggi. Perbelanjaan isirumah secara tahunan mencatat bacaan 1.0% yang terendah sejak suku pertama 2012.
Data juga menunjukkan perbelanjaan kerajaan merosot 0.2% berbanding jangkaan kenaikan 0.3%.
Matawang GBP/USD bergerak volatile (turun-naik) selepas data ini dikeluarkan pada pukul 5.30 petang pada Jumaat.