Ekonomi dalam 19 negara yang menggunakan matawang euro berkembang lebih banyak daripada yang diramalkan sebelum ini pada suku kedua berbanding tempoh sama pada 2016.
Pertumbuhan ekonomi (GDP) Zon Eropah berkembang 0.6% pada suku kedua sama seperti yang dianggarkan dalam bacaan awal. Namun, bacaan tahunan dinaikkan kepada 2.2% berbanding 2.1% sebelum ini.
Berbanding pada suku sebelum, pertumbuhan ekonomi kali ini merekodkan bacaan tertinggi di Belanda dan Latvia, di mana Sepanyol juga naik melebihi purata.
Ekonomi Jerman iaitu ekonomi terbesar Zon Eropah, berkembang pada kadar sama seperti Zon Eropah itu sendiri pada suku kedua.
Lonjakan ekonomi yang terus berkembang di Zon Eropah dijangka akan menekan pembuat polisi ECB yang dalam masa terdekat akan membincangkan tentang masa hadapan rangsangan monetari pada musim luruh.
“Dengan ekonomi mengekalkan pertumbuhan yang sihat, ECB sepatutnya lebih yakin tentang pengurangan pembelian aset (tapering) tahun hadapan,” kata penganalisis ekonomi di Capital Economics.
Pemulihan ekonomi dalam blok tersebut semakin kukuh, dengan bacaan pengangguran menunjukkan kadar jatuh ke paras terendah sejak tahun 2009 di mana sentimen ekonomi meningkat ke paras tertinggi 10 tahun lalu pada Julai.
Anggaran pengeluaran industri pada Jun telah dikeluarkan pada awal minggu ini yang menunjukkan kejatuhan yang banyak berbanding jangkaan.
Keyakinan dalam perniagaan dan pengguna Zon Eropah akan dikeluarkan pada akhir Ogos dan ia sepatutnya akan memberi gambaran yang lebih jelas terhadap ekonomi Zon Eropah.