Sektor perkhidmatan United Kingdom semakin perlahan pada Mei di mana indeks PMI merosot kepada 53.8 dari 55.8 sebelum ini. Bacaan kali ini berada di bawah jangkaan pasaran di paras 55.0.
Walaupun terdapat pengukuhan dalam perniagaan baru, komponen pertumbuhan tempahan merosot ke paras terendah tiga bulan lalu.
Tekanan dalam persaingan begitu tinggi dan terdapat bukti bahawa ketidaktentuan pilihanraya umum memberi kesan kejatuhan kepada peningkatan dalam perniagaan baru.
Keyakinan secara keseluruhan dalam prospek perniagaan kekal kukuh, walaupun terdapat kemerosotan dari bacaan sebelum ini dengan faktor utama adalah daripada sektor yang berorientasikan pengguna.
Komponen pekerjaan pula meneruskan peningkatan pada tempoh sama, walaupun kadar penambahan pekerjaan secara keseluruhan masih rendah.
Kenaikan harga kos pula semakin perlahan, dan terdapat tekanan ke atas dari kos pembekal dan kos gaji. Keseluruhannya, harga dalam sektor perkhidmatan meningkat pada kadar terendah sejak November 2016.
Menurut Markit, data secara keseluruhan masih menunjukkan ekonomi semakin mendapat semula momentum pada suku kedua. Selain itu, terdapat juga jangkaan di mana sektor perkhidmatan yang semakin perlahan akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi.
Tiada kesan yang signifikan kepada pasaran khususnya matawang GBP selepas data ini dikeluarkan.