Usd/Cad didagangkan dalam keadaan volatile (turun-naik) dan kejatuhan pada separuh masa bulan Disember hampir membawa pair ini ke paras terendah Oktober. Walaubagaimanapun, kejatuhan itu gagal diteruskan dan sebaliknya Usd/Cad membuat rally berikutan pengumuman kenaikan kadar The Fed.
Penguatan atau rally Usd/Cad ini berlanjutan sehingga mencapai paras tertinggi November pada Rabu lepas. Namun US dolar tidak cukup kuat untuk menembusi paras tersebut dan menyebabkan pair ini jatuh sehingga Jumaat dan membentuk doji untuk bulan Disember dalam timeframe monthly.
Perkembangan dalam pasaran minyak mentah dunia khususnya harga minyak WTI (West Texas Intermediate) turut mempengaruhi kekuatan dolar Kanada dengan kenaikan harga berikutan perjanjian OPEC dan bukan-OPEC yang bersetuju mengurangkan bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari bermula pada bulan ini. Perjanjian ini telah membawa harga minyak WTI dari paras terendah November $42.20 ke paras $53.90 setong pada masa artikel ini ditulis.
Minggu ini, pasaran akan memberikan tumpuan kepada data impak-tinggi dari US dan Kanada yang bakal menggerakkan Usd/Cad seperti:
- Indeks Sektor Pembuatan ISM (Selasa 11 pm)
- Minit mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 am)
- ADP-NFP (Khamis 9.15 pm)
- Tuntutan Pengangguran (Jobless claims Khamis 9.30 pm)
- Indeks Sektor Bukan-Pembuatan ISM (Khamis 11 pm)
- Inventori minyak EIA (Jumaat 12 am)
- Data NFP (Jumaat 9.30 pm)
- Data Pekerjaan & Imbangan dagangan Kanada (Jumaat 9.30pm)
Data pekerjaan dari kedua-dua negara US dan Kanada akan dikeluarkan pada masa yang sama. Data purata gaji dari US akan menjadi perhatian berikutan kejatuhan bacaan ini pada bulan lalu. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, data yang tidak menepati jangkaan pasaran mungkin tidak memberikan pergerakan yang begitu laju kepada Usd/Cad, kecuali perubahan yang begitu besar dalam data yang diumumkan Jumaat ini.
Beri tumpuan juga kepada minit mesyuarat FOMC berkaitan penjelasan lanjut tentang pasaran pekerjaan US dan inflasi kerana dua perkara ini adalah data yang diberikan perhatian oleh The Fed selama ini. Sebarang komen risiko kepada dua data ini akan mengurangkan jangkaan kepada kenaikan kadar pada tahun ini dan akan menyebabkan The Fed menunggu lebih bukti dalam data sebelum menaikkan kadarnya.