US dolar bergerak lebih tinggi pada Isnin selepas mengalami kejatuhan mingguan yang terbesar sejak dua bulan lalu berikutan pelbagai hal negatif yang memberi risiko kepada pasaran.
Potensi untuk kenaikan kadar faedah The Fed pada Disember juga semakin rendah selepas komen-komen dovish yang dibuat oleh ahli FOMC minggu lalu terutamanya Fed Brainard.
Pasaran kewangan kini hanya menjangka satu kenaikan kadar faedah US pada penghujung 2018. Ini adalah satu hal mengejutkan kerana jangkaan pasaran sebelum ini adalah satu lagi kenaikan kadar pada Disember 2017.
“Pasaran sedang mencari berita positif untuk US dolar dan selagi kita tidak melihat satu pemangkin yang kuat, jangkaan jangka panjang untuk US dolar adalah ke bawah,” kata Richard Falkenhall, ketua strategist Forex di CEB.
Data inflasi US akan dikeluarkan minggu ini iaitu harga pengeluar (PPI) pada Rabu dan harga pengguna (CPI) pada Khamis. Data kali ini akan menjadi petunjuk terbaru trend inflasi di US dan dilihat satu-satunya data yang mampu menyokong kenaikan US dolar dalam masa terdekat.
“Kami melihat pelabur-pelabur menjual US dolar sejak beberapa minggu lalu dan kombinasi sentimen yang semakin pulih hujung minggu lalu telah menyokong US dolar,” kata Alvin Tan strategist forex di Societe Generale London.
Pasaran saham global juga melonjak pada Isnin berikutan sentimen global yang semakin baik.
Matawang euro juga sedikit tertekan selepas komen ahli ECB Benoit Coeure petang tadi yang mengatakan polisi akan kekal akomodatif dalam tempoh yang lama. Beliau juga mengatakan kesan luaran kepada kadar tukaran matawang akan menyebabkan pengetatan dalam pasaran kewangan dan memberi kesan negatif kepada inflasi.
ECB Nowotny pula mengatakan pengurangan rangsangan haruslah secara beransur-ansur.