US Dollar meningkat lebih tinggi selepas komen yang dibuat oleh Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin mengenai rancangan pemotongan cukai oleh Donald Trump yang akan diluluskan oleh Kongres pada bulan Ogos. Dalam masa yang sama, pelabur juga sedang menilai prospek kenaikan kadar yang akan mula melonjak pada bulan Mac.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding sekumpulan matawang yang lain kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.21 peratus kepada 101.07. Dalam masa yang sama, USD/JPY berubah kepada 112.48 dengan lonjakan sebanyak 0.20 peratus, manakala AUD/USD merosot sebanyak 0.12 peratus.
Semalam, US Dollar menjunam selepas data tuntutan pengangguran yang dilapor agak mengecewakan.
Jabatan Buruh AS mengumumkan bahawa bacaan tuntutan awal pengangguran meningkat sebanyak 6,000 kepada 244,000 pada minggu berakhir 18 Februari lepas berbanding jangkaan penganalisis yang hanya menjangkakan peningkatan seramai 2,000 individu pada minggu lalu.
Walau bagaimanapun, minit mesyuarat FOMC baru-baru ini juga menambah tekanan kepada pasaran apabila bank pusat tersebut mendedahkan ketidaktentuan dasar Trump boleh memberikan kesan terhadap pergerakan ekonomi.
Adakah Jumlah Pelantar Minyak Mentah Akan Mencatatkan Peningkatan Minggu Ini?