The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di AS melaporkan inventori minyak mentah yang berkurangan sebanyak 1 juta tong pada minggu berakhir 14 April berbanding kemerosotan 2.2 juta tong yang dicatatkan sebelum itu.
Jangkaan kepada data kali ini ialah pengurangan 1 juta tong.
Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.
Data terbaru inventori minyak mentah yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) pula merekodkan pengurangan stok sebanyak 800,000 tong pada minggu berakhir 14 April berbanding pengurangan 1.30 juta yang direkodkan pada minggu sebelum itu.
Harga minyak mentah global didagang stabil dalam sesi Rabu dengan keyakinan yang semakin meningkat bahawa OPEC akan melanjutkan pemotongan pengeluaran khususnya Arab Saudi dan UAE.
Dagangan stabil adalah berikutan OPEC mengatakan mereka komited untuk mengurangkan bekalan yang menyebabkan harga pasaran jatuh sejak 2014.