Presiden Trump memecat ketua strategi di White House, Steve Bannon pada Jumaat. Berakhirnya karier seorang usahawan media yang dilihat bijak dalam memainkan emosi umum khususnya dalam politik dan merupakan orang kuat yang menjayakan kempen pilihanraya Trump sebelum ini.
Sumber yang mengetahui keputusan itu, yang mana ia dalam pertimbangan dalam beberapa tempoh mengatakan Bannon telah diberi peluang untuk meletak jawatan sendiri. “Presiden telah mempertimbangkan perkara ini sejak beberapa minggu lalu,” sumber itu berkata pada Jumaat.
Reuters melaporkan pemecatan Bannon dilihat akan menjadikan polisi pentadbiran Trump yang lebih global yang mana akan melembutkan pendirian terhadap China dan NAFTA. Bannon dan Navarro sebelum ini seringkali memberi komen yang berbaur anti-China terutamanya dalam manipulasi matawang dan selalu mempunyai pendirian bertentangan terhadap Mnuchin, Cohn dan Perdue.
Penasihat ekonomi yang diketuai oleh Gary Cohn terbukti mempunyai pengaruh dalam keputusan pentadbiran untuk tidak melabel China sebagai ‘pemanipulasi matawang’ dan juga merundingkan semula NAFTA (North American Free Trade Agrement).
“Dengan tiadanya Bannon yang selalu membantah idea daripada penasihat-penasihat Trump yang bersifat ‘globalist’, ia lebih mudah untuk mereka memenangi cadangan polisi kepada Trump,” kata pegawai White House yang tidak mahu dinamakan.
Ketika ini, dalam jangka pendek tidak banyak yang akan berubah, kata Derek Scissors pakar dagangan China di Institut Enterprise Amerika.
Tambah Scissors, faktor negatif dalam pengaruh terhadap Trump di White House “adalah pertempuran pendapat antara penasihat dari pasaran kewangan (Cohn) dan nasionalis ekonomi (Bannon), dan yang penting sekarang adalah individu penting dalam nasionalis ekonomi telah meletak jawatan.
Walaubagaimanapun, pejabat dagangan US mengatakan pada Jumaat akan terus menyiasat ketidaktelusan China dalam perdagangan dua hala.
Berhentinya Bannon sebagai salah seorang daripada penasihat Trump dijangka tidak akan mengubah pendirian sebelum ini secara total, di mana penasihat ‘gobalist‘ seperti Cohn dan Mnuchin memerlukan masa untuk mengubah pendirian ‘protectionist‘ sebelum ini terutamanya dalam perdagangan.