Bank of England hari ini mengesahkan bahawa Charlotte Hogg tidak lagi memegang jawatan sebagai Timbalan Gabenor bagi perbankan dan pasaran. Beliau juga tidak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi selepas gagal mengisytiharkan peranan abangnya di Barclays.
Menurut Gabenor BoE, Mark Carney, beliau menghormati keputusan Hogg kerana menganggap tindakan beliau adalah yang terbaik buat institusi tersebut. Namun begitu, beliau amat kesal dengan keputusan Hogg yang telah memilih untuk meletakkan jawatan dari BoE.
Sebelum ini, jawatankuasa penggubal undang-undang mengatakan bahawa Hogg tidak lagi sesuai untuk menggalas tanggunjawab beliau.