Emas Meneruskan Terjunan di Paras Terendah!

57

Harga emas bergelut berhampiran paras terendah dalam tempoh enam minggu dalam sesi dagangan awal Eropah memandangkan pasaran semakin menghampiri mesyuarat penetapan kadar oleh Fed.

Dagangan gold futures menjunam sebanyak $2.55 atau sekitar 0.2 peratus kepada $1,200.55 troy ounce, tidak jauh dari nilai terendah yang dicatat pada Jumaat.

Fed dijadualkan akan membuat kesimpulan terhadap mesyuarat dasar yang dijalankan selama dua hari pada awal pagi Khamis dengan kebanyakan peserta pasaran menjangkakan bahawa Fed akan menaikkan kadar di dalam julat antara 0.75 peratus hingga 1 peratus.

Selain itu, bank pusat AS juga dijangka akan mengeluarkan ramalan terkini bagi pertumbuhan ekonomi yang dikenali sebagai “dot-plot”.

Sidang akhbar yang akan dipengerusikan oleh Janet Yellen slepas mesyuarat tersebut juga dijangka akan menjadi tumpuan. Fed sebelum ini mengunjurkan tiga kali kenaikan pada tahun 2017 gara-gara kenaikan dalam inflasi dan keutuhan pasaran pekerjaan.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang gergasi kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 101.52.

Juga di Comex, niaga silver futures menyusut sebanyak 4.4 sen atau sekitar 0.3 peratus.

Sementara itu, dagangan copper futures menjunam sebanyak 0.6 sen kepada $2.619 sepound.

Singapura Atasi Kedudukan Tokyo dan Hong Kong Dalam Indeks Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat