Singapura Atasi Kedudukan Tokyo dan Hong Kong Dalam Indeks Ini!

48

Singapura mendahului Tokyo dan Hong Kong sebagai bandaraya yang mempunyai kualiti hidup terbaik di Asia kerana mempunyai infrastruktur yang cekap.

Menurut firma Marsh & McLennan Cos. Bandaraya itu melonjak satu anak tangga daripada kedudukan tahun lepas ke tangga 25 daripada keseluruhan 231 bandaraya di dunia. Di Asia, kedudukan Tokyo dan Hong Kong masing-masing merosot pada tangga 47 dan 71 dalam indeks ini.

Singapura berada di tangga teratas berikutan kualiti infrastruktur bandar termasuk bekalan elektrik, air minuman dan kemudahan telefon. Mercer juga menilai infrastruktur pengangkutan awam, kesesakan lalu lintas dan persediaan penerbangan antarabangsa.

Negara ini juga mendapt skor yang agak tinggi berikutan kestabilan dalaman, ketersediaan jenis barangan pengguna, kualiti perumahan dan risiko bencana alam yang amat rendah.

Secara global, tangga teratas indeks ini dikuasa oleh bandar-bandar Eropah seperti Vienna dan Zurich. Bandar-bandar yang bukan dari wilayah Eropah yang tersenarai dalam tempat 10 teratas termasuklah Auckland (tempat ketiga), Vancouver (tempat kelima) dan Sydney (tempat ke-10).

Negara yang mempunyai infrastruktur terbaik di Asia selepas Singapura ialah Hong Kong (tempat ke-6).

Secara keseluruhannya, bandar-bandar di seluruh Pasifik menikmati kualiti hidup yang baik, walaupun kesesakan lalu lintas merupakan faktor yang menjatuhkan skor mereka.

Beberapa Pengurus Syarikat Termasuk Siemens dan BMW Akan Iringi Pertemuan Merkel dan Trump

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat