Harga minyak merosot dalam sesi Asia pada Selasa selepas Presiden Donald Trump mencadangkan penjualan separuh daripada rizab minyak strategik di dalam pelan bajet tidak selari dengan usaha OPEC dan sekutunya dalam mengurangkan pengeluaran minyak mentah bagi mengetatkan pasaran.
Selepas melonjak dalam perdagangan sesi Asia, Brent mentah mencatatkan junaman kepada $53.71 setong dengan penurunan sebanyak 16 sen atau 0.3 peratus daripada hari penutup terakhir.
WTI mentah didagang pada $51.00 dengan penurunan sebanyak 13 sen atau 0.3 peratus.
Dokumen yang dikeluarkan oleh pentadbiran lewat hari Isnin menunjukkan bahawa White House merancang untuk menjual separuh daripada simpanan minyak mentah kecemasan negara bagi menjana $16.5 Billion bermula Oktober 2018.
Apa apa pelepasan rizab strategik minyak AS dikatakan akan mengganggu perjanjian OPEC dan beberapa pengeluar lain termasuk Russia untuk memotong pengeluaran bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari bagi mengetatkan pasaran dan menaikkan harga.
OPEC dan non-OPEC dijangka akan bertemu pada 25 Mei bagi membincangkan tempoh untuk melanjutkan pemotongan bekalan yang akan berakhir pada Jun tahun ini sehingga meliputi keseluruhan tahun 2017 dan suku pertama 2018.
Rizab petroleum strategik AS (SPR) kini merupakan rizab yang terbesar di dunia yang memuatkan hampir 688 juta tong minyak mentah, bersamaan dengan jumlah permintaan minyak dunia bagi tempoh seminggu.
Pengeluaran AS kini sudah mencecah kepada 9.3 juta tong sehari, tidak jauh daripada pembekal minyak mentah di dunia iaitu Arab Saudi dan Russia.
19 Orang Terbunuh di dalam Insiden Letupan di Manchester Arena