Jabatan Buruh US melaporkan pengurangan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) sebanyak 4,000 tuntutan kepada 232,000 bagi minggu berakhir pada 12 Mei berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 236,000 tuntutan.
Data yang dikeluarkan ini lebih rendah dari jangkaan penganalisis sebanyak 240,000 jumlah tuntutan pengangguran. Pengurangan tuntutan kali ini mencapai paras terendah 28 tahun lalu yang menunjukkan pasaran pekerjaan yang semakin baik.
Jobless claims bermaksud jumlah penduduk yang pertama kali membuat permohonan insurans pengangguran. Ia juga dipanggil sebagai Unemployment claims.
Tuntutan atau permohonan faedah pengangguran berada di bawah 300,000 untuk 115 minggu berturut-turut yang paling lama sejak tahun 1970.
Jumlah penduduk yang masih menerima faedah pengangguran ini berkurang kepada 1.898 juta pada minggu berakhir 05 Mei berbanding 1.92 juta yang direkod sebelum ini.
Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang pertumbuhan ekonominya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan domestik. Bagi meningkatkan perbelanjaan domestik, pasaran buruhnya mestilah dalam keadaan optimum. Untuk melihat keadaan optimum dalam pasaran buruh, kadar pengangguran haruslah berada di bawah dan tidak melebihi 5%.
Harus diingat data-data pekerjaan bagi negara seperti US adalah sangat penting bagi menentukan ekonomi US sedang berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya
Sepertimana pasaran memberi perhatian kepada data NFP (non-farm payroll) setiap bulan, data ini juga tidak kurang pentingnya kerana ia juga menggambarkan keadaan pasaran buruh semasa di US.