Dalam ucapan Presdien Trump kepada Kongres pagi tadi, beliau berikrar akan berusaha memberi faedah kepada rakyat dari golongan pertengahan (middle class) dengan pemansuhan ‘Obamacare‘ dan juga pemotongan cukai.
“Keyakinan semakin memuncak yang telah menggantikan impian yang mustahil dalam genggaman kita”, kata Trump kepada Kongres dalam ucapan pertamanya.
Trump juga mempertahankan pendiriannya yang mengeluarkan Amerika Syarikat dari perjanjian TPPA dan juga pembinaan sempadan Mexico.
Katanya lagi, “Dengan memperbaharui undang-undang imigrasi, kita akan menaikkan gaji, mengurangkan pengangguran, menjimatkan berbillion dolar, dan menjadikan komuniti kita lebih selamat untuk semua orang”.
Dalam 40 hari pertama beliau di White House, Trump telah membuat banyak ‘arahan eksekutif’ yang berkaitan dengan imigrasi, perdagangan dan hinggala kepada hal seperti regulasi. Presiden Trump telah berjanji akan mengukuhkan ekonomi dengan menyediakan banyak peluang pekerjaan hasil dari pendian ‘protectionist‘ dan juga projek infrastruktur besar-besaran.
Tidak lupa juga tentang pendirian percukaian beliau, Trump memberitahu Kongres bahawa syarikat-syarikat di US dikenakan dengan cukai yang paling tinggi di dunia. Minggu lalu, Setiausaha Perbendaharaan US yang baru, Steve Mnuchin mengatakan ‘perubahan cukai’ adalah keutamaan pentadbiran baru US.
Secara keseluruhan, pasaran masih lagi belum mendapat penjelasan yang lebih jelas tentang perubahan cukai dan rangsangan fiskal beliau. Walaubagaimanapun, pendirian dan janji beliau bagi menambahkan pekerjaan dan mengurangkan pengangguran adalah positif kepada US dolar di samping perubahan cukai kepada rakyat US. Kita dapat lihat penguatan US dolar sejak pagi tadi sehinggalah pada ketika artikel in ditulis.