US dolar mencapai paras tertinggi berbanding Yen pada Jumaat selepas data-data pekerjaan dikeluarkan pada Khamis dan menjelang pengumuman laporan NFP malam ini yang berpotensi melonjakkan lagi pasaran global.
US dolar berbanding Yen (Usd/Jpy) mencapai paras 111.70 hari ini, paras tertinggi sejak Jumaat lepas dan ketika ini didagang di sekitar 111.63. Pasangan matawang ini hampir merekod kenaikan 130 pip untuk minggu ini.
US dolar dilihat mendapat sokongan disebabkan oleh sentimen ‘risk off‘ yang semakin berkurangan di mana indeks Nikkei 225 mencapai paras tertinggi 22 bulan lalu mengikuti jejak Wallstreet yang beberapa kali memecahkan rekod tertinggi. Hal ini dilihat telah menyerap permintaan untuk matawang ‘safe haven‘ seperti Yen.
“Usd/Jpy telah meningkat ke paras yang lebih kukuh daripada jangkaan dengan pengukuhan saham di Jepun,” kata Masashi Murata di Brown Brothers Harriman Tokyo.
“US dolar masih memerlukan kenaikan yang signifikan oleh kenaikan hasil bon jika ia mahu naik lagi, dan bon kerajaan US ketika ini kekal tidak banyak berubah disebabkan jangkaan The Fed akan menghadkan pengetatan polisi selepas kenaikan kadar Jun.”
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang ‘greenback‘ berbanding enam matawang utama yang lain kekal di sekitar 97.197 selepas menambah kenaikan pada sesi dagangan Khamis. Walaubagaimanapun, secara keseluruhan sejak Isnin, indeks ini masih merekod kerugian setakat pada masa artikel ini ditulis.