Agensi berita Reuters pada 8 Mac melaporkan penularan wabak selesema burung H5N1 di utara Malaysia seperti yang dikatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) pada Rabu dalam laporan oleh Kementerian Pertanian Malaysia.
Kementerian Pertanian Malaysia mengatakan, mereka telah melakukan berbagai langkah pencegahan, termasuk menghentikan perdagangan unggas dari radius satu kilometer dari Kampung Pulau Tebu, Kelantan, di mana 15 ekor ayam kampung ditemui mati.
Semua unggas yang ada di wilayah itu juga telah dimusnahkan. “Ahli veterinar telah memusnahkan 170 unggas termasuk ayam, itik dan burung, dan menghancurkan 100 telur di kampung yang terkena jangkitan,” kata Abdullah Mat.
Abdullah juga menegaskan bahwa lapan orang termasuk enam pekerja makmal yang terkena virus selesema burung telah dikuarantin selama 24 jam di Hospital Tumpat, sebagai langkah pencegahan.
Virus H5N1 telah dikesan di Kamboja beberapa minggu lalu. Hal ini berbeza dengan virus H7N9 yang telah menyebabkan kematian 110 orang di China.