US Dollar menyusut sedikit dalam sesi ini selepas Presiden Donald Trump memberitahu Perdana Menteri China bahawa AS akur dengan pendirian “One China”, sekali gus mengurangkan ketegangan di antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu. Perkara itu disuara sendiri oleh Trump kepada Xi Jinping dalam satu panggilan telefon diantara kedua-dua negara.
“One China” merupakan dasar yang menegaskan kedua-dua Taiwan dan tanah besar China adalah bahagian-bahagian yang tidak terpisah.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain kali terakhir dinilai menyusut pada 0.02 peratus kepada 100.64. Sementara itu, USD/JPY melonjak sebanyak 0.36 peratus manakala AUD/USD meningkat sebanyak 0.26 peratus.
Sebelum ini, Jabatan Kastam China melaporkan bahawa eksport Yuan telah mendominasi dengan peningkatan sebanyak 15.9 peratus dan angka import telah melonjak sebanyak 25.2 peratus dari tahun sebelumnya.
Trump bagaimanapun telah menerima tamparan hebat apabila keputusan mahkamah lebih memihak untuk membenarkan kemasukan imigran dari 7 buah negara Islam.
Semalam, US Dollar meneruskan peningkatan berbanding matawang uatama yang lain pada Khamis selepas Trump mengejutkan pasaran dengan pengumuman terhadap dasar cukai luar biasa yang akan dikuatkuasakan 2 hingga 3 minggu akan datang.
Namun begitu, sehingga kini Trump masih belum mengumumkan butiran lanjut mengenai rancangan berkenaan.
Matawang gergasi itu turut disokong apabila data tuntutan pengangguran menunjukkan data positif dengan penurunan sebanyak 12,000 kepada 234,000 pada minggu berkahir 4 Februari lalu.
Kini Giliran New Zealand Pula Menaik Taraf Hubungan Perdagangan dengan China!