Kini Giliran New Zealand Pula Menaik Taraf Hubungan Perdagangan dengan China!

72

Perdana Menteri New Zealand, Bill English dan Menteri Luar China, Wang Yi bersetuju untuk bekerjasama dan menyokong perdagangan bebas apabila mereka bertemu di bandar terbesar New Zealand, Auckland nanti.

Kedua-dua negara itu bertemu pada Khamis bagi membincangkan rundingan perdagangan serta menaik taraf hubungan dua hala dalam sektor seperti infrastruktur, pelancongan dan penguatkuasaan kehakiman. Kenyataan ini diterbitkan pada lewat Khamis di laman web rasmi kementerian.

Menurut Wang, kita perlu melindungi sistem perdagangan antarabangsa, membina pasaran yang terbuka dan menaik taraf rundingan perdagangan bebas.

New Zealand merupakan negara Barat yang pertama menandatangani perjanjian perdagangan antarabangsa dengan China pada tahun 2008. China kini merupakan rakan eksport terbesar di New Zealand dengan nilai eksport New Zealand ke China mencecah NZ$ 12.2 Billion ($8.54 Billion) sehingga akhir Jun 2016.

Dalam pertemuan itu, English juga mengalu-alukan syarikat China bagi melabur di New Zealand.

Namun begitu, kedua-dua negara ini tidak dinyatakan sama ada telah membincangkan isu perjanjian perdagangan TransPasifik ataupun belum.

New Zealand dan Australia mengatakan bahawa mereka berharap untuk menyelamatkan TPP dengan menggalakkan China dan negara Asia yang lain bagi menyertai perjanjian itu.

China telah membuktikan bahawa peranannya sebagai kuasa yang kalis perubahan sentimen gara-gara perubahan iklim perdagangan oleh Trump sebelum ini.

Pasaran Minyak Mentah Masih Meneruskan Adegan Tarik Tali

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat