Jumlah pekerjaan di Amerika Syarikat bertambah sebanyak 177,000 pada bulan lalu kurang daripada jangkaan pasaran 190,000. Tidak banyak reaksi matawang US dolar selepas data ini dikeluarkan pada pukul 8.15 malam tadi dengan matawang greenback sedikit lemah setakat ini.
Data pekerjaan ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing), manakala data NFP pula dikeluarkan oleh Jabatan Buruh A.S. sendiri.
Hubungan antara data ADP-NFP dan data NFP yang dikeluarkan pada Jumaat agak lemah sejak beberapa bulan lalu. Ini menunjukkan pasaran tidak boleh bergantung 100% kepada ADP-NFP untuk melihat data NFP pada Jumaat.
Walaupun begitu, data hari ini menunjukkan prestasi yang masih kukuh di Amerika Syarikat yang akan menambah keyakinan dalam pasaran buruh Amerika Syarikat.
Diingatkan kepada para pembaca bahawa pada 6 Julai ini bersamaan hari Jumaat, laporan Non-Farm Payroll untuk bulan Mei akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang besar kepada pasaran. Data ‘average hourly earnings’ juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk trend kenaikan kadar gaji.