FUNDAMENTAL: DOVISH
- Tekan disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve Bank New Zealand ).
- RBNZ mengekalkan kadar faedah pada 1.75% dan memberi isyarat bahawa mereka akan kekal sehingga tahun 2020.
- Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 8 November 2018.
- Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBNZ (Unjuran bank pusat RBNZ – Muka surat 35 ).
- Gabenor RBNZ iaitu Orr berkata inflasi harga pengguna di New Zealand masih berada di bawah paras 2% sasaran RBNZ dan memerlukan dasar monetari yang longgar.
DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ
- KDNK di New Zealand berkembang 2.8% tahun ke tahun pada suku kedua 2018, meningkat daripada pertumbuhan 2.7% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar inflasi meningkat ke 1.5% pada suku tahun kedua 2018 berbanding 1.1% pada sebelumnya.
PLAN: SELL NZD
- RBNZ mengekalkan kadar faedah dan memberi isyarat akan mengekalkan sehingga tahun 2020. Juga, Gabenor Orr bernada dovish berkenaan inflasi di New Zealand.
- Indeks keyakinan perniagaan NZIER menunjukkan kemerosotan.
- Kebimbangan terhadap ekonomi China yang melemah akan memberi kesan kepada Australia dan New Zealand.
- Indeks tenusu GDT merosot kepada -1.9% daripada -1.3%.