Pergerakan harga pada pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam menunjukkan harga telah mengalami kejatuhan setelah matawang EURO didagangkan lemah berikutan ketegangan politik di Eropah yang semakin meningkat. Suruhanjaya Eropah yang mengkritik bajet kerajaan Itali sekaligus melemahkan matawang tersebut. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga yang membuat kenaikan menyentuh paras Magic Pivot kemudiannya telah menjunam sehingga sekitar 75 pips melepasi paras support MagicS1 semalam.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1475 hari ini dan dilihat menguji paras 1.14600 namun gagal membuat kenaikan lebih tinggi setakat jam 3 petang. Jika harga menyambung semula penurunan yang dibuat, harga akan menuju ke paras support terdekat yang berada pada 1.1424 (MagicS1). Penurunan harga yang diteruskan seterusnya bakal mencecah ke paras support yang berada lebih rendah iaitu pada support 1.1397 (MagicS2). Sekiranya momentum penurunan harga terus dikekalkan, harga berpontesi untuk turun lebih rendah sehingga ke paras support yang berada di 1.1345 (MagicS3).
Namun, jika harga kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.1475, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah paras resistance pada 1.1502 (MagicR1). Kenaikan harga seterusnya dijangka akan ke paras resistance pada 1.1554 (MagicR2). Dan sekiranya harga masih mampu melonjak ke paras lebih tinggi, harga berpotensi untuk mencapai ketinggian pada paras resistance 1.1581 (MagicR3).
Sidang perhimpunan pemimpin-pemimpin Eropah yang gagal memberi keputusan yang positif untuk rundingan Brexit turut menjejaskan nilai matawang EURO dalam pasaran semasa. Terus ikuti perkembangan isu-isu global semasa dalam memantau pergerakan harga pada chart EUR/USD ini. Dan lihat pada paras-paras harga yang telah digariskan dalam indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan analisis anda.
Paras support: 1.1424, 1.1397, 1.1345.
Paras resistance: 1.1502, 1.1554, 1.1581.