Data PMI di zon Eropah yang dikeluarkan petang semalam mencatatkan bacaan mengecewakan sekaligus menambahkan lagi tekanan terhadap matawang EURO. Selain daripada ketidatentuan rundingan Brexit, krisis bajet Itali turut menyumbang kepada kemerosotan matawang EURO dengan ketegangan yang berlaku semakin membimbangkan para pelabur. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD dilihat telah menjunam dari paras Magic Pivot semalam sehingga ke paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga kelihatan cuba membuat kenaikan dan mencapai paras Magic Pivot 1.1414 hari ini serta dilihat menguji paras tersebut. Jika harga gagal menembusi paras Magic Pivot, berkemungkinan harga akan menyambung semula penurunan yang dibuat semalam menuju ke paras support 1.1353 (MagicS1). Seterusnya, harga yang meneruskan lagi penurunan dilihat akan turun ke paras support lebih rendah iaitu pada 1.1316 (MagicS2). Jika harga berjaya mengekalkan momentum penurunan sehingga berjaya breakout paras 1.13000, jangkaan destinasi harga yang seterusnya adalah pada support 1.1255 (MagicS3).
Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan semula melepasi paras Magic Pivot hari ini, dijangka harga akan naik ke paras resistance 1.1451 (MagicR1) yang berada pada zon SBR (support become resistance) yang telah harga tembusi pada dagangan semalam. Kenaikan harga seterusnya bakal menuju ke paras resistance 1.1513 (MagicR1) sebelum harga yang terus melonjak akan ke paras resistance 1.1549 (MagicR3) untuk menguji paras ketinggian harga sebelum ini.
Pasaran masih tertumpu terhadap krisis bajet Itali dan juga Brexit yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD ini. Lihat paras-paras harga pada indicator Moshed Magic Line bagi menentukan paras terbaik untuk posisi dagangan harian anda.
Paras support: 1.1353, 1.1316, 1.1255.
Paras resistance: 1.1451, 1.1513, 1.1549.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI