Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam yang sedikit menurun pada awal sesi Asia dilihat membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot semalam dan juga paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line di mana harga mencapai paras ketinggian baru (1.1816) sedikit melebihi paras ketinggian pada Jumaat lalu. Kenaikan yang dibuat harga adalah disebabkan faktor EURO yang melonjak berikutan komen positif oleh Mario Draghi terhadap keadaan pasaran pekerjaan dan inflasi di zon Eropah yang positif. Kemudian harga kembali membuat penurunan semula dan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot.
Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga didagangkan perlahan dan berada di bawah paras Magic Pivot 1.1763 dan sedikit menurun. Jika harga membuat penurunan, harga dilihat akan menguji semula paras RBS (resistance become support) pada 1.17200 yang juga berdekatan dengan paras support 1.1710 (MagicS1). Jika harga berjaya melepasi (breakout) paras tersebut, penurunan harga seterusnya dijangka akan ke paras support 1.1672. Seterusnya, jika harga masih mengalami kejatuhan sehingga melepasi paras RBS 1.16500, jangkaan harga akan mencecah ke paras support 1.1619 (MagicS3).
Sebaliknya, jika harga masih tidak berjaya melepasi paras RBS 1.17200 dan membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.1763, harga dijangka akan menyambung kenaikan dibuat pada minggu lalu. Paras resistance 1.1801 (MagicR1) adalah paras yang perlu harga tembusi (breakout) untuk membuat Higher High yang baru. Paras kenaikan harga yang seterusnya dilihat akan menuju ke resistance 1.1854 (MagicR2) dan jika EURO terus mengukuh berbanding USD, harga berpotensi mencapai paras ketinggian di paras resistance 1.1892 (MagicR3).
Ikuti isu-isu global semasa dalam memantau pergerakan harga pada chart EUR/USD. Untuk memudahkan analisis teknikal, jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam trading harian anda.
Paras support: 1.1710, 1.1672, 1.1619.
Paras resistance: 1.1801, 1.1854, 1.1892.