Selepas pengumuman ECB malam semalam waktu Malaysia, EUR/USD telah membuat kenaikan hampir 130 pips dan mulai kembali bearish jam lebih kurang 3 pagi selepas kenyataan Trump yang menyebabkan USD kembali mengukuh. BACA DI SINI
Secara teknikal, EUR/USD kini berpotensi membentuk pattern reversal head & shoulder atau double top sekiranya ia masih tidak breakout Key Resistance 1.2530. Selain, EUR/USD juga telah membentuk bearish pinbar semalam yang menunjukkan potensi untuk ia bearish.
Target bearish terhampir adalah ke sekitar harga 1.2364/50 untuk ia retrace ataupun lebih rendah ke sekitar 1.2300 bagi ia membentuk formation resistance become support. Apapun, trend masih kuat ke arah bullish ketika ini.