Trump – US Dolar Akan Terus Mengukuh , Steven Mnuchin Tersalah Tafsir

1,105

Pada hari Khamis semalam, Presiden Donald Trump telah mengeluarkan kenyataan bagi membantah kenyataan Menteri Kewangan AS Steven Mnuchin.

Pada hari Rabu, Steven Mnuchin telah membuat kenyataan di World Economic Forum di Davos, Switzerland bahawa “US dolar yang lemah adalah baik kepada kami,”.

Komentar tersebut menyebabkan melanjutkan kejatuhan US dolar sebelum ini.

Kemudian pada hari khamis, beliau menegaskan lagi bahawa dirinya tidak terlalu memikirkan nilai tukaran US dolar dalam jangka masa pendek.

Justeru, pada khamis semalam, Presiden AS Donald Trump menegaskan bahawa dirinya menginginkan pengukuhan US dolar dan memberi penegasan bahawa US dolar akan terus mengukuh dibawah pimpinan beliau.

Trump menyela tindakan Steven Mnuchin dan mengatakan bahawa beliau telah tersalah tafsir kenyataan US dolar tersebut.

Indeks US dolar jatuh sebanyak 2% berbanding matawang utama selepas Steven Mnuchin mengeluarkan kenyataan pada hari Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat