Pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY dilihat membuat kenaikan dari paras Magic Pivot melepasi resistance MagicR1 sehingga ke resistance MagicR2 di mana harga membuat paras ketinggian yang baru pada paras harga sekitar 147.45. Harga kemudiannya turun semula ke paras RBS (resistance become support) pada 147.00 yang telah berjaya ditembusi (breakout) semalam. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat kembali membuat kenaikan dari paras Magic Pivot 146.949 dan cuba melepasi paras resistance 147.593 (MagicR1) namun gagal dan kemudian membuat terjunan ke paras RBS 147.00 kembali. Harga masih dilihat sedang menguji paras RBS tersebut di mana harga semasa berada pada paras harga 147.050 setakat jam 3.59 petang.
Jika harga gagal breakout paras RBS 147.00 yang juga berdekatan paras Magic Pivot, harga dijangka akan melonjak semula melepasi paras resistance MagicR1 dan seterusnya ke paras resistance 148.097 (MagicR2). Jika harga masih meneruskan kenaikannya, jangkaan harga akan mencapai paras resistance 148.741 (MagicR3) yang juga merupakan zon paras ketinggian yang dicapai pada Julai lalu.
Sebaliknya, jika harga berjaya breakout paras Magic Pivot dan RBS 147.00, paras yang dilihat berpotensi untuk dicecah adalah pada support 146.445 (MagicS1). Seterusnya, jika kejatuhan harga masih berlaku, paras support yang lebih rendah yang dilihat bakal menjadi tumpuan adalah pada paras support 145.801 (MagicS2) yang juga berdekatan dengan zon RBS 145.600. Jika paras RBS tersebut berjaya ditembusi harga, jangkaan paras support terdekat yang dituju harga adalah pada paras support 145.297 (MagicS3).
Sila kawal aktiviti trading anda dengan analisis fundamental dan teknikal yang lengkap. Anda boleh jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai salah satu rujukan dalam membantu analisis teknikal harian anda.
Paras support: 146.445, 145.801, 145.297.
Paras resistance: 147.593, 148.097, 148.741.