GBPJPY masih kekal di paras yang rendah dalam julat harga 144.700-144.000 selepas kenyataan yang agak dovish daripada Mark Carney dan ketegangan terhadap isu perang dagang antara AS-China pula menjadi faktor yang meningkatkan permintaan JPY.
Dari segi teknikal, GBPJPY masih meneruskan penurunan selepas menembusi (breakout) daripada support sebelumnya di sekitar harga 145.300. Jika harga breakout di paras support semasa iaitu di paras 144.000, harga berpotensi untuk jatuh sehingga mencapai paras harga 143.200.
Perhatikan pergerakan harga di sekitar level-level berikut:
Paras support: 143.873, 143.601, 143.179.
Paras resistance: 144.567, 144.989, 145.261.