Pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/CAD semalam dilihat sedikit menurun namun bergerak di sekitar paras Magic Pivot dan julat pergerakan harga semalam sekitar kurang daripada 50 pips. Pada sesi pasaran Asia dibuka hari ini, harga dilihat membuat sedikit kenaikan dari paras Magic Pivot 1.3030 dan telah menyentuh paras resistance 1.3057 (MagicR1) sebelum harga kembali membuat penurunan semula ke paras Magic Pivot. Harga semasa berada di paras 1.3015 setakat jam 3.37 petang.
Jika harga kembali membuat semula lonjakan dan berjaya melepasi paras resistance MagicR1, harga perlu menguji terlebih dahulu paras resistance 1.3075 (MagicR2) di mana paras tersebut merupakan zon resistance yang dilihat menjadi tumpuan harga sebelum ini. Jika harga terus membuat kenaikan, seterusnya paras yang dilihat akan dicapai adalah pada paras resistance 1.3103 (MagicR3).
Sebaliknya, jika harga tidak mampu melepasi paras Magic Pivot semasa, kebarangkalian untuk harga turun ke paras support 1.3012 (MagicS1) adalah tinggi. Dan jika USD terus didagangkan lemah dan harga masih membuat kejatuhan, paras support 1.2984 (MagicS2) akan menjadi tumpuan pasaran untuk melihat respon harga pada paras tersebut. Jika paras tersebut berjaya ditembusi harga, harga dijangka akan membuat Lower Low yang baru berkemungkinan di paras support 1.2966 (MagicS3) atau lebih rendah lagi.
Pantau perkembangan rundingan NAFTA yang dilaporkan perlahan di mana bakal memberi kesan terhadap matawang CAD dan juga isu perang dagang yang melibatkan matawang USD. Untuk analisis teknikal, jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai paras rujukan dalam membantu anda membuat keputusan dalam posisi trading harian anda.
Paras support: 1.3012, 1.2984, 1.2966.
Paras resistance: 1.3057, 1.3075, 1.3103.