Pergerakan harga pada chart USD/CAD semalam masih mengekalkan penurunan yang dibuat setelah penurunan drastik ditunjukkan harga pada penghujung minggu lalu berikutan rundingan NAFTA yang kembali positif. Matawang CAD dilihat semakin mengukuh setelah rundingan NAFTA telah mencapai kesepakatan di antara ketiga-tiga negara Amerika Syarikat, Mexico serta Kanada dan digantikan kepada United States-Mexico-Canada Agreements (USMCA). Pengukuhan matawang Loonie itu juga turut disumbang oleh peningkatan harga pasaran minyak mentah dunia. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah turun melepasi paras support MagicS2 di mana harga telah membuat Lower Low yang baru pada paras 1.2781 melepasi paras terendah yang dicapai pada penghujung Mei lalu sebelum kembali pantul semula ke paras SBR (support become resistance) di 1.28150.
Pada pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak rendah dari paras Magic Pivot 1.2826 dan cuba untuk membuat kenaikan melepasi paras SBR 1.28150. Kemudian, harga telah membuat sedikit lonjakan pada penghujung sesi di mana harga berjaya naik melepasi paras SBR 1.28150 dan telah menyentuh paras Magic Pivot 1.2826. Jika harga tidak mampu membuat lonjakan dan CAD terus mengukuh dan menekan harga, berkemungkinan harga akan meyambung penurunan ke paras support 1.2765 (MagicS1) dan membuat Lower Low yang baru. Kemudiannya, penurunan yang diteruskan akan melihatkan harga menuju ke paras support 1.2720 (MagicS2) atau lebih rendah lagi berkemungkinan ke paras support 1.2659 (MagicS3).
Namun, jika harga mampu membuat lonjakan semula, paras yang dilihat berpotensi untuk dicapai adalah pada resistance 1.2872 (MagicR1) sebelum harga meneruskan kenaikan menguji paras SBR (support become resistance) pada 1.29000. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, harga dilihat akan naik melepasi paras resistance 1.2933 (MagicR2) atau jika kenaikan harga masih diteruskan, paras resistance 1.2978 (MagicR3) yang berada lebih tinggi berpotensi untuk dicapai harga.
Terus ikuti perkembangan rundingan NAFTA atau terkini dikenali sebagai USMCA dan juga perkembangan pasaran minyak mentah semasa yang banyak menggerakkan harga pada chart USD/CAD ini. Tentukan paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD dengan bantuan indicator Moshed Magic Line untuk melengkapkan analisis teknikal harian anda.
Paras support: 1.2765, 1.2720, 1.2659.
Paras resistance: 1.2872, 1.2933, 1.2978.