Pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/CAD pada minggu lalu dilihat membuat penurunan yang konsisten sebelum pergerakan harga mendatar pada penghujung minggu di sekitar zon major resistance 1.29000. Data jualan runcit di Kanada dicatatkan positif pada Jumaat lalu bakal memberi kesan yang positif terhadap data GDP(KDNK) pada minggu ini. Namun, pasaran masih belum mendapat gambaran arah yang jelas untuk CAD berikutan data ekonomi positif berlawanan dengan perkembangan NAFTA yang negatif selepas White House menyatakan AS hampir mencapai persetujuan NAFTA yang melibatkan Mexico tanpa Kanada.
Pada sesi pasaran Asia, harga masih didagangkan perlahan namun bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2913 dan harga dilihat telah menyentuh paras resistance 1.2941 (MagicR1) di mana harga semasa berada pada paras 1.2935 setakat jam 3.57 petang. Jika harga berjaya membuat kenaikan, paras yang dilihat bakal menjadi tumpuan harga adalah pada resistance 1.2970 (MagicR2) dan jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, jangkaan paras seterusnya yang lebih tinggi boleh dicapai harga adalah pada resistance 1.2999 (MagicR3).
Sebaliknya, jika harga berjaya membuat penurunan dan breakout paras Magic Pivot 1.2913 dan paras major support 1.29000, jangkaan harga akan menguji terlebih dahulu paras support 1.2884 (MagicS1). Jika harga masih mengekalkan momentum penurunan yang dibuat, paras support 1.2855 (MagicS2) adalah paras yang dilihat bakal dituju harga di mana harga bakal membuat Lower Low yang baru. Dan paras support yang lebih rendah berada pada paras 1.2826 (MagicS3) jika harga masih didagangkan lebih rendah di mana paras tersebut dilihat berada pada satu zon major support.
Ikuti berita-berita ekonomi global semasa yang melibatkan matawang CAD seperti perkembangan rundingan NAFTA dan pasaran minyak mentah dalam memantau pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/CAD ini. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal harian anda.
Paras support: 1.2884, 1.2855, 1.2826.
Paras resistance: 1.2941, 1.2970, 1.2999.