Argentina’s Banco Masventas yang merupakan sebuah bank telah mengumumkan bahawa mereka telah membenarkan pelanggan untuk membuat pembayaran jarak jauh dengan menggunakan bitcoin
Bank tersebut telah bekerjasama dengan sebuah platform pertukaran Amerika Latin iaitu Bitex, sebuah syarikat yang bertapak pada tahun 2014. Laporan mengatakan bahwa bank tersebut menjadi bank pertama yang menggunakan bitcoin sebagai medium pembayaran bagi transaksi international sebagai alternatif kepada Swift di negara tersebut.
Bitex percaya ini merupakan penanda aras dalam pasaran kewangan baru apabila bank domestik ingin menggunakan bitcoin sebagai medium pembayaran jarak jauh.
Berdasarkan kenyataan, Jose Dakak memberi kredit kepada tindakan yang dipicu oleh bank tersebut untuk memacu penggunaan digital, perkhidmatan telefon pintar dan mengurangkan kos perkhidmatan.
Salah satunya tindakan yang dilakukan ialah dengan menjalinkan kerjasama dengan Bitex sebagai rakan strategi melalui pengimplimentasi platform pertukaran Bitex untuk pembayaran dan operasi untuk pengguna.
Namun setakat ini, belum ada transaksi sebenar dilakukan kerana ia baru sahaja bermula, bank tersebut tidak lama lagi akan menggunakan bitcoin sebagai bentuk transaksi untuk pengguna.