Pasaran matawang forex pada awal sesi Asia didagangkan mendatar (sideways) pada hari Rabu selepas beberapa pergerakan besar berlaku semalam (Selasa). Paling banyak berubah adalah CAD disebabkan isu bersama Arab Saudi.
Sebelum ini kita hanya mengikuti perkembangan risiko perdagangan AS-China, dan kini risiko terbaru geopolitik pula tercetus antara Kanada dan Arab Saudi dalam isu ‘hak kebebasan manusia’ sehingga disasarkan kepada perdagangan dua hala.
Hal ini sekaligus telah menyebabkan matawang CAD jatuh menjunam pada Selasa dan menjadikan ia matawang paling lemah berbanding yang lain. Kejatuhan CAD lebih jelas dilihat pada sesi dagangan New York dengan USD/CAD naik sehingga 110 pip dari paras terendah Selasa.
Bukan itu sahaja kejatuhan juga disumbangkan oleh faktor data Ivey PMI ia satu indikator yang mengukur tahap keadaan ekonomi di Kanada secara keseluruhan. Data hanya merekodkan bacaan 61.8 meleset berbanding jangkaan 64.2.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut 0.09% setakat pada pukul 9.52 pagi.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini naik 0.05% di mana GBP/USD hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.01%. USD/JPY setakat ini pula naik 0.01%, USD/CAD naik 0.03% dengan USD/CHF didagang menurun 0.03%. Pair AUD/USD membuat kenaikan 0.13% dengan NZD/USD jatuh 0.09%.
Tumpuan pada sesi Asia hari ini adalah kepada perkembangan terbaru perang dagang terutamanya dari China. Bank pusat China (PBOC) pada Rabu menetapkan kadar rujukan terhadap Yuan di paras 6.8313 berbanding USD yang mana lebih tinggi berbanding 6.8431 semalam.
Perhatikan pergerakan matawang safe-haven pada Rabu untuk melihat sentimen pasaran pada hari ini dengan lebih jelas. JPY, Swissy dan emas akan menjadi perhatian dalam mengukur tahap risiko dalam pasaran.
Untuk pengetahuan anda, Amerika pada awal sesi Asia hari ini telah mengenakan tariff 25% terhadap $16 billion import China yang akan berkuatkuasa pada 23 Ogos. Ini adalah tariff kedua yang dikenakan selepas $34 billion produk sebelum ini telah dikenakan tariff pada 6 Julai 2018.