Matawang Euro adalah matawang kedua paling banyak mengalami kerugian pada minggu lalu. Berbanding semua matawang utama yang lain, Euro hanya menguat berbanding matawang GBP.
Minggu lalu, Euro memulakan dagangan dengan melemah dan ia adalah disebabkan data jualan runcit Jerman yang meleset daripada jangkaan pada Isnin. Antara sebab lain kelemahan Euro juga adalah kekuatan US dollar.
Matawang Euro meneruskan kejatuhannya pada Selasa walaupun tiada pemangkin yang jelas sebagai penyebab kepada kejatuhan itu. Trump mengumumkan penangguhan tariff terhadap Eropah, Kanada dan Mexico tetapi masih gagal mendorong kenaikan Euro. Penganalisis berkata, kejatuhan Euro lebih kepada disebabkan oleh pengukuhan matawang US dollar.
Euro meneruskan kejatuhan pada Rabu yang sekali lagi disebabkan oleh kekuatan matawang greenback selain daripada faktor penurunan pertumbuhan ekonomi Zon Eropah.
Euro semakin tertekan apabila data inflasi CPI meleset daripada jangkaan pasaran dan semakin berkurangan daripada bacaan sebelum ini. Inflasi jatuh ke paras 1.20% pada Khamis lalu, lebih rendah berbanding jangkaan pasaran 1.30%.
Jumaat, kekuatan US dollar semakin bertambah dengan kemelesetan data pekerjaan NFP gagal melemahkan matawang greenback. Hal ini disebabkan data kadar pengangguran yang mencapai paras terbaik 18 tahun yang lalu.
Dengan kekuatan matawang US dollar ketika ini, dijangka matawang Euro akan terus lemah kecuali terdapat perubahan sentimen kepada matawang greenback itu.