Matawang Yen dan CHF melonjak pada awal pagi tadi dengan matawang berkadar faedah tinggi seperti AUD tertekan selepas Amerika Syarikat dilaporkan akan mengenakan tariff terhadap $200 billion import daripada China.
US dollar pula cuba meneruskan pemulihan sejak Selasa selepas menjadi matawang paling kuat pada berbanding beberapa matawang utama yang lain.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain membuat kenaikan 0.05% setakat pada pukul 2.21 petang.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.06% dengan GBP/USD didagang 0.05% lebih rendahh. USD/JPY setakat ini pula naik 0.03%, USD/CAD naik 0.14% dengan USD/CHF membuat penurunan 0.06%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing jatuh 0.70% dan 0.37% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini adalah US Dollar dan Swissy (CHF) dan matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/USD dan AUD/CHF masing-masing merekodkan kejatuhan 0.68% dan 0.72% setakat ini.
Seperti biasa, AUD akan tertekan apabila berlaku ketidaktentuan perdagangan di China kerana status negara itu sebagai rakan dagang terbesarnya. Oleh itu, keadaan ekonomi khususnya perdagangan akan memberi kesan besar kepada Australia, dan seterusnya matawang AUD.
Pentadbiran Trump pada Selasa berkata akan mengenakan tariff terhadap $200 billion produk import dari China sekaligus meningkatkan semula kebimbangan tercetusnya perang perdagangan berskala besar antara AS-China. Senarai produk baru yang dikenakan tariff adalah pakaian, komponen televisyen dan peti sejuk, termasuk produk teknologi.
Pasaran saham global kini beralih kepada negatif selepas dua sesi dagangan sebelum ini yang memberangsangkan. Pasaran Eropah dan Amerika Syarikat ditutup positif dan kini pasaran Asia didagangkan negatif berikutan pengumuman kerajaan AS awal pagi tadi.
Sentimen kini beralih kepada Risk-Off dan dapat dilihat dengan pengukuhan aset safe-haven Yen dan CHF ketika ini. Bukan itu sahaja, ia jelas dilihat dengan kejatuhan pasaran Asia dan pasaran saham hadapan Wallstreet setakat pada pukul 2.36 petang.