US dollar sedikit lemah dalam sesi London pada Selasa berbanding beberapa matawang utama yang lain. Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.05% setakat pada pukul 2.42 petang.
Major pair EUR/USD naik 0.07% dengan GBP/USD naik 0.18%. USD/JPY pula jatuh 0.15%, USD/CAD naik 0.13% dan USD/CHF jatuh 0.06%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kejatuhan 0.03% dan kenaikan 0.16% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD dan Yen, manakala matawang paling lemah adalah CAD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/CAD naik 0.28%, dan CAD/JPY jatuh 0.30%.
Perkara yang perlu diperhatikan pada minggu ini adalah keputusan Presiden Trump sama ada meninggalkan perjanjian nulear dengan Iran dan beberapa data ekonomi penting di Amerika Syarikat. Keluarnya Amerika daripada perjanjian nuklear dengan Iran akan menyebabkan ketakpastian geopolitik di Timur Tengah yang boleh menekan US dollar. Amerika juga akan mengeluarkan data penting inflasi, CPI pada Khamis.
Yen menguat ketika ini disebabkan beberapa ketakpastian dalam pasaran khususnya potensi keluarnya Amerika daripada perjanjian nulear Iran. Manakala NZD pula menguat walaupun data ‘inflation expectation‘ pagi tadi sedikit meleset daripada data sebelum. AUD pula melemah disebabkan data jualan runcit yang meleset daripada jangkaan pasaran.