Matawang US dollar sedikit lemah pada hari Rabu dengan sentimen berisiko lebih banyak menyokong pengukuhan matawang Yen. Seperti yang kita telah tahu Amerika Syarikat telah menyatakan tariff baru terhadap China yang berjumlah $267 billion tambahan selain daripada $200 billion yang dicadangkan sebelum ini.
China pula dilaporkan meminta kebenaran WTO (World Trade Organization) pada Selasa untuk mengenakan sekatan terhadap Amerika Syarikat.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini merosot sebanyak 0.09% setakat pada pukul 9.46 pagi.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini merosot 0.15%, di mana GBP/USD didagang 0.18% lebih rendah. USD/JPY pula meleset sebanyak 0.13, manakala USD/CAD naik 0.07%. USD/CHF membuat kenaikan 0.15%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan 0.35% dan 0.23% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini adalah JPY, manakala matawang paling lemah adalah Aussie. Dengan menggabungkan kedua-dua matawang, pasangan AUD/JPY jatuh sebanyak 0.49% setakat ini.
Antara matawang yang paling banyak membuat kenaikan pada Selasa adalah CAD disokong oleh isu NAFTA. Matawang US dollar didagangkan rendah berbanding loonie selepas terdapat laporan yang menyatakan Kanada telah bersedia untuk menawarkan akses terhadap pasaran tenusunya sebagai konsesi untuk mengemaskini perjanjian NAFTA.
Walaubagaimanapun, tumpuan utama pasaran ketika ini adalah kepada pertelagahan AS-China yang memaksa pelabur terus berhati-hati.
Selain daripada itu, terdapat juga kebimbangan terhadap pasaran baru membangun (emerging market) di mana indeks matawang pasaran itu jatuh ke paras terendah 16 bulan yang lalu.