Matawang US dolar mengukuh ke paras 3 bulan dahulu berbanding matawang utama pada hari Selasa berikutan didorong oleh peningkatan bon hasil bon US yang meningkat sehingga hampir keparas 3 peratus.
Hasil bon kewangan 10-tahun meningkat ke paras tinggi dalam masa 4 tahun iaitu pada 2.998% pada hari Isnin. Dalam masa yang sama, terdapat kerisauan oleh pasaran tentang peningkatan penawaran hutang kerajaan dan tekanan inflasi daripada peningkatan harga minyak.
Hasil bon kewangan 10-tahun pada hari ini sedikit jatuh tetapi masih pada paras yang tinggi iaitu pada bacaan 2.971% pada awal sesi dagangan Asia, hari Selasa.
Peningkatan hasil bon kewangan US 10-tahun menyebabakan jurang hasil bon US-Jepun dan US-Jerman semakin membeasar dan menyebabkan matawang yen dan Euro menyusut.
Menurut Stephen Innes, ” GDP US suku tahun pertama bakal dikeluarkan akan menentukan adakah pengukuhan US dolar terus mengukuh atau tidak.”
Indeks US dolar berbanding 6 matawang utama mengukuh sebanyak 0.01% kepada paras 90.70.
Matawang US dolar juga mengukuh berbanding matawang yen sebanyak 0.05% kepada 108.77.
US dolar mengukuh berbanding Euro apabila EUR/USD menyusut sebanyak 0.01% kepada 1.2208 setakat jam 10.05 pagi.