Matawang Euro melonjak pada Khamis disebabkan komen hawkish Mario Draghi yang mana juga disokong oleh kelemahan matawang US dollar secara keseluruhan.
Walaupun ramalan pertumbuhan ekonomi diturunkan oleh ECB, namun fokus pasaran terarah kepada komen Draghi berkaitan inflasi.
Draghi berkata, “anggaran terhadap inflasi kekal terhenti buat seketika, tetapi tekanan kos dometik semakin mengukuh dan menyeluruh dengan ketakpastian terhadap jangkaan inflasi semakin berkurangan.”
Beliau juga menjangka inflasi utama akan meningkat menjelang hujung tahun, menaik secara beransur-ansur dalam jangka sederhana dan kita menjangka inflasi-teras akan lebih kukuh secara signifikan.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain hanya meningkat 0.03% setakat pada pukul 9.45 pagi pada Jumaat.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini didagang tidak berubah dengan hanya naik 0.01%, di mana GBP/USD didagang 0.01% lebih tinggi. USD/JPY pula meningkat sebanyak 0.04%, manakala USD/CAD naik 0.02%. USD/CHF membuat kenaikan 0.06%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan 0.15% dan meningkat 0.08% setakat ini.
Antara yang menjadi perhatian dalam sesi pasaran New York adalah data inflasi CPI Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi.
Data inflasi CPI jatuh dari paras tertinggi 2.9% yang dicatatkan pada Julai kepada 2.7% pada Ogos. Bacaan juga meleset daripada jangkaan kenaikan 2.8%. Walaupun ia dijangka kurang memberi tekanan kepada kebarangkalian kenaikan kadar faedah, ia tetap satu penurunan kepada data penting yang mampu mengurangkan kadar pengetatan dasar untuk tahun depan.
Tumpuan pada hari ini akan terarah pula kepada data perindustrian China yang dikeluarkan pada sebelah pagi sesi Asia. Selain itu, data jualan runcit AS pula akan mencuri perhatian pasaran pada pukul 8.30 malam ini.